Che Idris, Muhammad Sani (2003) Penggunaan transparensi sebagai alat bantu mengajar oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315 pengurusan perniagaan bagi pelajar-pelajar perdagangan di politeknik Sultan Ahmad Shah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p MUHAMMAD SANI CHE IDRIS.pdf Download (638kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD SANI CHE IDRIS COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (281kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
MUHAMMAD SANI CHE IDRIS WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (28MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penggunaan transparensi oleh pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar di peringkat diploma yang sedang mengikuti mata pelajaran P315 Pengurusan Perniagaan di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Seramai 60 orang pelajar dipilih secara rawak bagi mewakili populasi beijumlah 300 orang pelajar. Transparensi dan nota edaran digunakan oleh pensyarah terhadap kumpulan percubaan manakala bagi kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pengajaran tradisional. Kajian direka bentuk menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen melalui kaedah instrumentasi borang soal selidik dan soalan ujian. Penganalisisan data adalah menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 11.0. Data dianalisis bagi mendapatkan peratusan dan min bagi setiap persoalan. Dapatan kajian yang diperoleh adalah positif. Ini menunjukkan semua responden bersetuju bahawa transparensi yang digunakan oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315 Pengurusan Perniagaan adalah baik dan boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 31 Jul 2023 07:03 |
Last Modified: | 31 Jul 2023 07:03 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9502 |
Actions (login required)
View Item |