Tahap kematangan e-pembelajaran: satu kajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Che Radzi, Muhammad Firdaus (2008) Tahap kematangan e-pembelajaran: satu kajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MUHAMMAD FIRDAUS CHE RADZI.pdf

Download (784kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD FIRDAUS CHE RADZI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (217kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD FIRDAUS CHE RADZI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB) | Request a copy

Abstract

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah salah sebuah univerisiti yang menerapkan pembeiajaran dan pengajaran berkonsepkan sistem e-pembelajaran. Namun begitu, belum ada kajian terhadap tahap keberkesanan dan kemampuan sistem e-pembelajaran yang digunapakai dijalankan. Kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap kematangan e-pembelajaran di UTHM dari sudut pembangunan kandungan sistem e-pembelajaran berdasarkan Model Kematangan e-Pembelajaran (EMM) oleh Marshall (2007). Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 30 orang ketua panel bidang, 33 orang pensyarah dan 30 orang ahli jawatankuasa e-pembelajaran di UTHM. Responden dipilih berdasarkan peranan masing-masing dalam amalan sistem e-pembelajaran di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian diperkukuhkan lagi melalui kaedah temu bual terhadap beberapa staf yang terlibat secara langsung dengan sistem epembelajaran di UTHM. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (skor min) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian mendapati tahap sokongan kepada pensyarah, pengurusan sumber sistem e-pembelajaran dan tahap penggunaan piawaian e-pembelajaran berada pada tahap kurang matang. Manakala tahap perkaitan antara teknologi, pedagogi dan kandungan berada pada tahap yang tidak matang. Kesimpulannya, tahap kematangan e-pembelajaran dari sudut pembangunan kandungan e-pembelajaran di UTHM adalah berada pada tahap kurang matang

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Aug 2023 03:49
Last Modified: 02 Aug 2023 03:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9551

Actions (login required)

View Item View Item