Kriteria penilaian bagi perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer : satu tinjauan di sekolah menengah teknik di negeri Kedah

Othman, Khairul Bariyah (2003) Kriteria penilaian bagi perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer : satu tinjauan di sekolah menengah teknik di negeri Kedah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p KHAIRUL BARIYAH OTHMAN.pdf

Download (3MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
KHAIRUL BARIYAH OTHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (293kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
KHAIRUL BARIYAH OTHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (62MB) | Request a copy

Abstract

Perlaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan budaya teknologi maklumat dalam sistem pendidikan negara. Perlaksanaan kaedah ini dikatakan mampu untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan seterusnya bakal melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam era globalisasi. Namun perlaksanaan kaedah ini di sekolah-sekolah menengah teknik masih di peringkat awal dan perisian pendidikan yang digunakan hanyalah perisian pendidikan aplikasi seperti Microsoft Word dan Excel. Justeru kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau persepsi guru-guru di tiga buah sekolah menengah teknik di negeri Kedah terhadap anjakan paradigma dalam sistem pendidikan yang menuntut guru-guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam proses pengajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kriteria-kriteria penilaian bagi perisian pendidikan yang berbentuk interaktif yang akan digunakan dalam kaedah pengajaran ini. Hasil kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif dan bersedia untuk mengubah kaedah pengajaran secara konvensional kepada kaedah pengajaran yang lebih efektif. Manakala keseluruhan responden bersetuju keenam-enam kriteria perisian yang dikaji dan dianalisis perlu terkandung di dalam sesuatu perisian pendidikan yang digunakan dalam kaedah ini. Ini penting bagi memastikan perisian yang akan digunakan mampu untuk mengintegrasikan pelajar dengan isi pengajaran. Hasil daripada dapatan kajian, satu garis panduan penilaian kriteria perisian pendidikan dicadangkan dengan harapan ia dapat membantu pihak sekolah di dalam usaha memastikan perisian pendidikan yang akan digunakan dalam kaedah ini berkesan dan mencapai objektif pengajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Aug 2023 02:26
Last Modified: 07 Aug 2023 02:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9595

Actions (login required)

View Item View Item