Stapah @ Salleh, Mazuin (2003) Penghasilan modul pembelajaran kendiri berasaskan komputer mata pelajaran prinsip elektrik (topik perintang). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p MAZUIN STAPAH @ SALLEH.pdf Download (6MB) |
|
Text (Copyright Declaration)
MAZUIN STAPAH @ SALLEH COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (283kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
MAZUIN STAPAH @ SALLEH WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (67MB) | Request a copy |
Abstract
Penubuhan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia (KKKPM) adalah untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosioekonomi melalui pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses. Oleh yang demikian bahan pembelajaran yang disediakan untuk para pelajar haruslah sesuai dengan latar belakang akademik mereka. Justeru kajian ini bertujuan membina satu Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Komputer (MPKBK) Mata Pelajaran Prinsip Elektrik (Topik Perintang) untuk KKKPM. Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan modul ini adalah Macromedia Authorware 6.5, Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop 6.0. Instrumen kajian yang digunakan pula adalah soal selidik yang telah diubahsuai oleh pengkaji melalui sumber yang telah disahkan. Populasi kajian melibatkan 33 orang pelajar Kolej Komuniti Segamat. Penganalisisan data menggunakan perisian Stat istical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 dan dapatan kajian dianalisis berdasarkan peratusan dan min. Setelah analisis kajian dijalankan, di dapati bahawa modul ini mempunyai kesesuaian dari segi kandungan dan memberi motivasi kepada pelajar berdasarkan purata nilai skor min yang diperoleh iaitu 4.40. Maka modul ini boleh dibangunkan untuk membantu pelajar menjalankan pembelajaran kendiri. Namun terdapat beberapa pembaikan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk diperhatikan semula bagi tujuan kajian akan datang
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 07 Aug 2023 02:27 |
Last Modified: | 07 Aug 2023 02:27 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9613 |
Actions (login required)
View Item |