Kajian penggunaan modul pembelajaran elektronik mata pelajaran pengurusan penyeliaan (C523) ke atas pelajar-pelajar kursus perkhidmatan bangunan, POLIMAS

Daros, Mohd Nazri (2003) Kajian penggunaan modul pembelajaran elektronik mata pelajaran pengurusan penyeliaan (C523) ke atas pelajar-pelajar kursus perkhidmatan bangunan, POLIMAS. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD NAZRI DAROS.pdf

Download (896kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD NAZRI DAROS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (343kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD NAZRI DAROS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang besar dengan kehadiran era teknologi maklumat. Kehadiran komputer di dalam dunia pendidikan sememangnya tidak dapat dielak lagi. Sememangnya kehadiran komputer sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Namun, penggunaan komputer sebagai medium pengajaran dan pembelajaran masih tidak digunakan dengan meluas di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan terutamanya untuk meninjau keberkesanan penggunaan Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) Pengurusan Penyeliaan (C523) di kalangan pelajar-pelajar kursus Diploma Perkhidmatan Bangunan, POLIMAS. Perisian yang digunakan bagi membangunkan modul ini ialah Microsoft Frontpage. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan dianalisis dengan menggunakan perisian " Statistical Package for Social Science " (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan Modul Pembelajaran Elektronik yang telah dihasilkan telah mencapai objektif yang telah digariskan dimana min skor bagi objektif yang pertama ialah 3.95, objektif kedua 4.24 dan objektif ketiga 3.84

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Aug 2023 02:27
Last Modified: 07 Aug 2023 02:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9615

Actions (login required)

View Item View Item