Penghasilan dan penilaian CD modul pembelajaran kenderi (MPK) sistem catatan bergu untuk mata pelajaran perakaunan awalan (P 1105) di Politeknik Seberang Perai

Hamzah, Muhammad Rafie (2003) Penghasilan dan penilaian CD modul pembelajaran kenderi (MPK) sistem catatan bergu untuk mata pelajaran perakaunan awalan (P 1105) di Politeknik Seberang Perai. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MUHAMMAD RAFIE HAMZAH.pdf

Download (11MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD RAFIE HAMZAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD RAFIE HAMZAH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (95MB) | Request a copy

Abstract

Perbezaan individu dan interaksi yang kurang aktif antara pelajar dengan pensyarah dikenalpasti sebagai antara masalah yang wujud dalam sesuatu proses pembelajaran. Penggunaan modul pembelajaran kendiri pula terbukti mampu untuk mengatasi masalah tersebut melalui pengindividuan proses pembelajaran dan kemudahan interaktiviti yang terdapat dalam sesuatu modul pembelajaran. Oleh itu, kajian berbentuk eksperimental dan berasaskan pembangunan produk ini bertujuan untuk membangunkan satu cakera padat (CD-ROM) modul pembelajaran kendiri (CD MPK). Kemudian produk yang dibangunkan diuji kebolehlaksanaannya dari aspek format/antaramuka, isi kandungan, sifat mesra pengguna, animasi/multimedia dan aktiviti pembelajaran. Pengujian produk turut meliputi aspek motivasi dan kesan terhadap pencapaian pelajar setelah menggunakannya. Produk yang dibangunkan ialah CD Modul Pembelajaran Kendiri (CD MPK) Sistem Catatan Bergu yang telah diuji ke atas reponden kajian yang terdiri daripada 44 orang pelajar semester satu Diploma Akauntansi di Politeknik Seberang Perai. Pengumpulan data diperolehi melalui instrumen kajian borang soal selidik dan set soalan ujian pra serta ujian pos. Kesemua data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) Versi 11.5 yang melibatkan skor min dan ujian T prosedur Paired Samples T Test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk yang dihasilkan mempunyai kebolehlaksanaan yang memuaskan dan berupaya meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Analisis Ujian T mendapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra dengan ujian pos

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 Aug 2023 07:09
Last Modified: 16 Aug 2023 07:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9621

Actions (login required)

View Item View Item