Wan Hasan, Wan Hamiza (2002) Tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p WAN HAMIZA WAN HASAN.pdf Download (11MB) |
|
Text (Copyright Declaration)
WAN HAMIZA WAN HASAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
WAN HAMIZA WAN HASAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (53MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Bagi mendapat hasil yang jitu dan bertepatan dengan kehendak dan keperluan kajian, kefahaman dan kebolehan pelajar-pelajar ini terhadap penggunaan perisian Microsoft Word dilihat dari segi pengetahuan dan kefahaman dalam menggunakannya serta kemahiran menggunakan setiap fungsi menu dan ikon. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Semester 1 yang dipilih secara rawak. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis berdasarkan taburan frekuensi, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS ver.10). Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah tinggi di mana mereka tahu dan mahir menggunakan perisian ini. Beberapa cadangan dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak tertentu di KUiTTHO bagi meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar dalam bidang teknologi maklumat, ICT , halaman web dan beberapa perisian lain bagi tujuan pembelajaran.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 16 Aug 2023 07:09 |
Last Modified: | 16 Aug 2023 07:09 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9637 |
Actions (login required)
View Item |