Persepsi terhadap sistem pembelajaran elektronik dalam kalangan pelajar Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat

Othman, Nurhidayah (2017) Persepsi terhadap sistem pembelajaran elektronik dalam kalangan pelajar Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
44Mb

Abstract

Sistem Pembelajaran Elektronik (OLES) dilihat sebagai medium utama dalam pembangunan pendidikan abad ke-21. Pelajar perlu memanfaatkan dan menggunapakai sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka bagi menghasilkan kualiti pembelajaran yang cemerlang dan berkesan yang ditransformasikan melalui pelaksaan sistem pembelajaran elektronik (OLES). Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat terhadap tahap kesediaan pelajar dalam aspek pengetahuan, penggunaan dan motivasi terhadap sistem pembelajaran elektronik. Rekabentuk kajian yang dipilih adalah berbentuk kajian tinjauan dimana pendekatannya menggunakan kaedah kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 258 orang yang terdiri daripada pelajar Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat yang diambil dari pelbagai bidang kursus. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap sistem pembelajaran elektronik berada di tahap yang sederhana dengan nilai skor min 2.73. Manakala tahap penggunaan pelajar terhadap sistem pembelajaran elektronik adalah di tahap sederhana di mana nilai skor min 2.17. Bagi tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan sistem pembelajaran elektronik juga berada di tahap yang sederhana di mana nilai skor min 2.97. Analisis hubungan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang positif antara pengetahuan, penggunaan dan motivasi pelajar terhadap penggunaan sistem pembelajaran elektronik. Bagi hubungan pengetahuan dengan penggunaan nilai kekuatan adalah r=0.767, p=0.000, Bagi pengetahuan dengan motivasi nilai kekuatan adalah r=726, p=0.000 dan bagi penggunaan dan motivasi nilai kekuatan adalah r=0.784, p=0.000. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi melestarikan penggunaan sistem pembelajaran elektronik bagi memastikan hasil kecemerlangan di dalam pendidikan dapat dicapai.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:9638
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:14 Jan 2018 14:55
Last Modified:14 Jan 2018 14:55

Repository Staff Only: item control page