Pembangunan sistem pendaftaran kursus pendidikan berterusan secara online (e-spbb)

Abu Samah, Musa (2003) Pembangunan sistem pendaftaran kursus pendidikan berterusan secara online (e-spbb). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MUSA ABU SAMAH.pdf

Download (5MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MUSA ABU SAMAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (267kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUSA ABU SAMAH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dengan begitu cepat pada masa kini telah memberi kesan yang besar kepada manusia di dalam semua bidang termasuk pemiagaan dan pengurusan. Melalui penggunaan pangkalan data yang serba lengkap pemprosesan maklumat dapat dilakukan dengan cepat, berkeupayaan untuk menyimpan maklumat dengan banyak dan dalam jangka masa yang lebih lama. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai sistem pendaftaran kursus pendidikan berterusan secara online (e-sppb) bagi Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan Berterusan (PPB), Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Penilaian telah dilakukan terhadap keberkesanan e-sppb yang dibangunkan dari aspek kebolehgunaan dan mesra pengguna. Populasi kajian ini ialah pelajar pendidikan berterusan KUiTTHO dan juga kakitangan pentadbiran PPB. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan juga temu ramah. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.0 (SPSS) yang melibatkan skor min dan juga ujian-t (Independent t-test). Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat beberapa kekangan dalam sistem pendaftaran kursus pendidikan yang sedia ada di PPB. Tahap kebolehgunaan sistem tersebut adalah tinggi (skor min = 3.81), tahap mesra pengguna pula adalah sederhana (skor min = 3.73). Secara keseluruhannya keberkesanan e-sppb adalah sederhana dengan skor min 3.77. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar pendidikan berterusan dan persepsi kakitangan PPB terhadap keberkesanan e-sppb. Sistem sebegini juga didapati boleh membantu pengurusan pendaftaran kursus pendidikan berterusan di PPB, KUiTTHO. Pengkaji mencadangkan agar e-sppb ini diperkemaskan lagi dengan mempertingkatkan lagi ciri-ciri mesra pengguna dan keselamatan, disediakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta membina sistem ini di dalam satu web pemasaran bagi pendidikan berterusan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:24
Last Modified: 21 Aug 2023 02:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9699

Actions (login required)

View Item View Item