Penghasilan modul pembelajaran kendiri berbentuk CD interaktif subjek undang-undang syarikat di politeknik

Jasni, Nur Farrah Azwa (2003) Penghasilan modul pembelajaran kendiri berbentuk CD interaktif subjek undang-undang syarikat di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NUR FARRAH AZWA JASNI.pdf

Download (780kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NUR FARRAH AZWA JASNI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (227kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NUR FARRAH AZWA JASNI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan dan meninjau kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri CD-Interaktif bagi subjek Undang-Undang Syarikat di Politeknik. Sebanyak 5 persoalan kajian dijawab dalam kajian ini iaitu yang berkenaan dengan kesesuaian ilustrasi, isi kandungan, bahasa dan rekabentuk yang digunakan dengan produk yang dibangunkan. Selain itu ciri-ciri positif lain juga dilihat bagi produk yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan sampel sebanyak 50 orang pelajar Politeknik Seberang Perai yang sedang mengambil subjek Undang-Undang syarikat. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan untuk menganalisis data ialah jenis deskriptif statistik. Min, Sisihan Piawai, Mod, peratus dan bilangan responden digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan kajian. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa ilustrasi, isi kandungan, bahasa dan rekabentuk yang digunakan adalah bersesuaian dengan produk yang dibina. Selain itu, beberapa ciri positif produk dapat dikenalpasti seperti ia memberi fleksibiliti dan keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga boleh berfungsi dengan tahap pengawasan pensyarah yang minimum. Produk yang dibangunkan ini juga didapati ada mengambilkira perbezaan individu dan kebanyakan pelajar suka menggunakan produk ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Aug 2023 02:25
Last Modified: 21 Aug 2023 02:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9705

Actions (login required)

View Item View Item