Mokhtar, Nurul Syamshida (2003) Persepsi pelajar terhadap penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi mata pelajaran pengajian keusahawanan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p NURUL SYAMSHIDA MOKHTAR.pdf Download (18MB) |
|
Text (Copyright Declaration)
NURUL SYAMSHIDA MOKHTAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
NURUL SYAMSHIDA MOKHTAR WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (126MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan. MPK yang dibina adalah berbentuk CD dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan MPK dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran pelajar. Responden kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik I Kuantan, Pahang. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan isi pelajaran MPK yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar dengan skor min 3.19, di samping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa penghasilan MPK dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran dengan skor min keseluruhan 3.24. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana MPK boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 13 Sep 2023 07:34 |
Last Modified: | 13 Sep 2023 07:34 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9982 |
Actions (login required)
View Item |