Set kompetensi kerja bagi Program Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Malaysia ke arah revolusi perindustrian 4.0 (4IR)

Adnan, Nurul Afizah (2022) Set kompetensi kerja bagi Program Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Malaysia ke arah revolusi perindustrian 4.0 (4IR). Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p NURUL AFIZAH ADNAN.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL AFIZAH ADNAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (415kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL AFIZAH ADNAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Transformasi pendidikan dalam menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) memerlukan semakan semula dibuat terhadap aspek keperluan kompetensi pekerjaan yang sepadan dan relevan. Program kejuruteraan mekanikal antara bidang yang perlu diteliti kerana didapati masih wujud masalah ketidakpadanan set kompetensi kerja yang diperlukan serta bersesuaian dalam program tersebut. Oleh itu, satu kajian bertujuan membangunkan set kompetensi kerja bagi program kejuruteraan mekanikal ke arah persekitaran kerja 4IR telah dilaksanakan. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah gabungan secara penerokaan berjujukan yang melibatkan dua fasa kajian. Fasa pertama kajian menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu bual bersama 17 orang pakar bertujuan meneroka elemen kompetensi kerja yang bersesuaian dan sebanyak 63 elemen telah di senarai pendek hasil analisis data menggunakan kaedah fuzzy delphi. Analisis kappa telah digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan konstruk dan sub-konstruk yang terhasil. Dapatan analisis menunjukkan nilai persetujuan kappa yang tinggi melibatkan konstruk kompetensi fungsional, tingkah laku dan perubahan teknologi manakala bagi kompetensi transdisiplin menunjukkan nilai persetujuan kappa yang sederhana. Fasa kedua kajian menggunakan pendekatan kajian kuantitatif melibatkan pembangunan instrumen soal selidik bagi mengenal pasti kesesuaian konstruk, sub-konstruk dan elemen yang terbentuk hasil penerokaan pada fasa pertama. Seramai 565 graduan politeknik dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal telah terlibat sebagai responden. Hasil analisis menggunakan pendekatan Model Rasch menunjukkan hanya 54 elemen yang memenuhi analisis kefungsian item. Peringkat akhir kajian melibatkan pengujian dan pengesahan kerangka yang dibangunkan. Analisis Komponen Utama (PCA) menggunakan pendekatan Model Rasch telah digunakan bagi menentusahkan unidimensi konstruk yang dibangunkan iaitu konstruk Kompetensi Fungsional, Kompetensi Tingkah laku, Kompetensi Perubahan Teknologi dan Kompetensi Transdisiplin. Kajian ini telah berjaya membangunkan satu kerangka konsep keperluan set kompetensi kerja bagi Program Kejuruteraan Mekanikal ke arah persekitaran kerja 4IR yang bersesuaian. Kerangka ini boleh dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada pelajar, pensyarah dan pembangun kurikulum dalam memahami konteks keperluan set kompetensi kerja yang berpadanan dengan bidang Kejuruteraan Mekanikal. Set kompetensi kerja ini boleh diserap dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi melahirkan graduan politeknik yang berkualiti serta mampu memenuhi keperluan industri

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 29 May 2024 02:24
Last Modified: 29 May 2024 02:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11022

Actions (login required)

View Item View Item