Dasar pentadbiran kerajaan terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat di Batam ke arah pembangunan kesejahteraan hidup

Parlaungan, Ade (2021) Dasar pentadbiran kerajaan terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat di Batam ke arah pembangunan kesejahteraan hidup. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
ADE PARLAUNGAN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (208kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
ADE PARLAUNGAN - 24p.pdf

Download (724kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
ADE PARLAUNGAN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Keberhasilan sektor ekonomi secara makro di Bandar Batam belum disertai dengan meningkatnya kesejahteraan penduduknya. Hal ini ditunjukkan dengan permasalahan sosioekonomi masyarakat di Bandar Batam. Matlamat kajian ini adalah mencadangkan kerangka pentadbiran Bandar Batam bagi kesejahteraan hidup masyarakat Bandar Batam. Terdapat empat objektif kajian iaitu (1) Bagaimanakah keadaan pentadbiran bandar Batam, Pembangunan ekonomi dan sosioekonomi masyarakat Bandar Batam, (2) Mengkaji hubungan antara pentadbiran Bandar Batam terhadap pembangunan ekonomi di Bandarnya, (3) Mengkaji hubungan antara pentadbiran Bandar Batam terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, dan (4) Membentuk kerangka pentadbiran Bandar Batam ke arah pembangunan sosioekonomi masyarakatnya. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan penggabungan antara kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Populasi dalam penelitian ini adalah penduduk di 3 (tiga) wilayah iaitu wilayah tengah diwakili oleh Kecamatan Batu Aji, wilayah pinggir diwakili kecamatan Punggur, dan wilayah pulau sekitar diwakili Kecamatan Belakang Padang dengan jumlah populasi keseluruhan 435,063 penduduk. Data primer diperoleh penyelidik melalui sampel dari masyarakat menggunakan teknik cluster sampling dengan saiz sampel untuk penyelidikan ini adalah 380 orang. Data sekunder adalah data laporan realisasi pendapatan, belanja dan pembiayaan daerah serta PDRB berdasarkan laporan kewangan Kerajaan Kota Batam yang berada dalam area rentang waktu tahun 2011-2017. Dalam penyelidikan ini digunakan instrumen yang merupakan temu bual, dokumentasi dan soal selidik. Analisis data yang digunakan meliputi analisis kondisi dan analisis statistik menggunakan pendekatan Partial Least Squares (PLS). Hasil penelitian menunjukkan penemuan bahawa (1) Profil pentadbiran Bandar Batam, Pembangunan ekonomi dan sosioekonomi masyarakat Bandar Batam mengalami peningkatan dalam tujuh tahun tersebut, (2) Bajet Pentadbiran tidak memiliki hubungan dan pengaruh signifikan terhadap Perkembangan Sosioekonomi, (3) Bajet pentadbiran melalui pelbagai komponen di dalamnya yang meliputi Hasil asli wilayah dan Belanja Modal secara sinergis mempengaruhi perkembangan ekonomi beserta komponen di dalamnya baik itu PDRB mahupun Penyerapan Tenaga Kerja, (4) Belum terbentuk rangka pentadbiran bandar Batam yang mapan ke arah perkembangan sosioekonomi masyarakat di Bandar Batam disebabkan peningkatan ekonomi sebagai kesan positif dari dasar Bajet pentadbiran tidak dapat meningkatkan perkembangan sosioekonomi. Objektif terakhir kajian ini dicadangkan kerangka pentadbiran Bandar Batam bagi kesejahteraan hidup masyarakat yang cuba dibangun atas perancangan Bajet yang konsisten dan berfokus. Kerangka pentadbiran dibangunkan untuk memperkuat bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, dan infrastruktur ke arah pembangunan sosioekonomi masyarakat di Bandar Batam. Pelbagai dasar dan langkah strategik dalam model diarahkan kepada sektor yang produktif melalui dasar afirmatif dan pembangunan yang berkeadilan supaya menyentuh hingga ke masyarakat pedesaan yang menjadi prioriti.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN301 -674 Ethnology. Social and cultural anthropology > GN357 -367 Culture and cultural processes Including social change, structuralism, diffusion, etc.
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 11 Oct 2021 01:34
Last Modified: 11 Oct 2021 01:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1770

Actions (login required)

View Item View Item