Strategi pembangunan program homestay Kampung Kangkar Merlimau

Shamsuri, Mohd Mahathir Suhaimi (2013) Strategi pembangunan program homestay Kampung Kangkar Merlimau. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD MAHATHIR SUHAIMI SHAMSURI.pdf

Download (461kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD MAHATHIR SUHAIMI SHAMSURI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (273kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD MAHATHIR SUHAIMI SHAMSURI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kampung Kangkar Merlimau pernah diwartakan sebagai kawasan Pelancongan Agro sebelum ini oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor pada tahun 1993 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2007). Pembangunan pelancongan tersebut telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pertanian untuk membantu komuniti yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan inap desa (homestay). Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 Jabatan Pertanian telah menarik diri dari usaha sama tersebut disebabkan pembangunan program homestay yang tidak menggalakkan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan, dan penglibatan ketua, di samping mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kemahiran antara komuniti yang menjalani latihan dan tidak menjalani latihan kemahiran, untuk membangunkan program homestay yang lepas di Kampung Kangkar Merlimau. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan bertujuan, iaitu keadaan di mana pengkaji memilih sampel berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang kumpulan yang akan dikaji sahaja. Jadi dalam kajian yang dijalankan, sampel yang diambil berjumlah 81 orang penduduk yang pernah terlibat dalam program homestay sahaja. Hasil kajian didapati skor min untuk tahap kemahiran,pengetahuan, dan penglibatan ketua adalah 2.99, 3.04, dan 2.76, dan ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga tahap tersebut adalah sederhana. Melalui kajian ini juga, didapati terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran komuniti yang menjalani latihan dan tidak menjalani latihan kemahiran, kecuali untuk tahap kemahiran komunikasi didapati tiada perbezaan yang signifikan. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan komuniti serta penglibatan ketua dalam menjayakan program homestay di Kampung Kangkar Merlimau ini perlu dipertingkatkan lagi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 14 Oct 2021 05:49
Last Modified: 14 Oct 2021 05:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1977

Actions (login required)

View Item View Item