Jaafar, Muhammad Nazri (2013) Kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p MUHAMMAD NAZRI JAAFAR.pdf Download (404kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD NAZRI JAAFAR COPYRIGHT DECLARTION.pdf Restricted to Repository staff only Download (131kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MUHAMMAD NAZRI JAAFAR WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (895kB) | Request a copy |
Abstract
pelajar khususnya pelajar dalam bidang kejuruteraan dalam membantu menempatkan diri di dalam industri berteknologi tinggi. Namun begitu, adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar disebabkan kurang penekanan pemikiran kritis dalam pengajaran oleh pensyarah. Tujuan kajian ini di jalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan berdasarkan penilaian pemikiran kritis Watson-Glaser iaitu membuat inferens, mengusul periksa andaian, deduksi, interpretasi dan penilaian hujah. Kajian tinjauan secara pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 104 pelajar semester satu di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science versi 16.0 secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Nilai peratusan dikira bagi menentukan tahap kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar FKEE terhadap kemahiran berfikir kritis berada pada tahap yang baik (64.6%). Analisis inferensi iaitu ANOVA sehala digunakan untuk membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar FKEE mengikut jantina. Oleh itu, keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis oleh pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah dan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar berada pada tahap yang baik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 14 Oct 2021 05:52 |
Last Modified: | 14 Oct 2021 05:52 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1989 |
Actions (login required)
View Item |