Muridan, Natashadora (2013) Penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p NATASHADORA MURIDAN.pdf Download (592kB) | Preview |
|
Text (Full Text)
NATASHADORA MURIDAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Terdapat pelbagai kerangka pembangunan dan pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh IPT dalam usaha untuk membangunkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar antaranya adalah pembangunan kemahiran generik melalui aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran, berasaskan program sokongan dan berasaskan kehidupan di kampus. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi interpersonal pelajar dalam pembelajaran yang merangkumi aspek komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan, kemahiran berucap, kemahiran mendengar, kemahiran maklum balas dan kemahiran menulis maklumat di universiti melibatkan seramai 74 orang responden dari pelajar tahun satu program Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn. Metodologi yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan inferensi menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.937. Perisian yang digunakan untuk melakukan analisis kajian ialah SPSS versi 16.0. Hasil analisis mendapati aspek komunikasi lisan mencatatkan nilai bacaan skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.01 manakala komunikasi bukan lisan mencatatkan nilai bacaan skor min sebanyak 3.82. Aspek kemahiran komunikasi lain juga mencatatkan skor min yang tinggi iaitu kemahiran ucapan mempunyai nilai sebanyak 3.91, kemahiran mendengar sebanyak 4.03, kemahiran maklum balas sebanyak 3.92 dan kemahiran menulis maklumat mencatatkan nilai skor min sebanyak 4.02. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar berada pada tahap yang tinggi dan hasil kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal berdasarkan latar belakang pendidikan. Pada kajian akan datang, dicadangkan supaya mempelbagaikan instrumen kajian seperti secara temu duga dan kajian kes agar dapat melihat perbezaan di antara kedua-duanya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 14 Oct 2021 05:53 |
Last Modified: | 14 Oct 2021 05:53 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1997 |
Actions (login required)
View Item |