Adnan, Nur Azhani (2013) Pengaruh kecerdasan emosi terhadap kesediaan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi menceburi profesion perguruan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p NUR AZHANI ADNAN.pdf Download (2MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NUR AZHANI ADNAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (73kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NUR AZHANI ADNAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) | Request a copy |
Abstract
Kesediaan bakal pendidik bagi menceburi profesion perguruan adalah amat penting bagi menjamin kualiti sistem pendidikan. Kesediaan ini adalah berkait rapat dengan kecerdasan emosi. Maka, kajian perlu dilakukan untuk melihat pengaruh kecerdasan emosi terhadap kesediaan bakal pendidik. Faktor yang dikaji adalah lima domain kecerdasan emosi Goleman (1998) iaitu kesedaran kendiri, kawalan kendiri, motivasi, empati dan kemahiran sosial, manakala kesediaan dilihat dari aspek sikap dan penguasaan kemahiran. Responden dalam kajian ini adalah 108 pelajar semester akhir, Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kecerdasan emosi dan kesediaan guru. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0 melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kecerdasan emosi dan kesediaan di kalangan bakal pendidik adalah tinggi. Terdapat hubungan sederhana kuat antara kecerdasan emosi dan kesediaan bakal pendidik. Ujian regresi pelbagai menunjukkan hanya dua domain kecerdasan emosi iaitu kemahiran sosial dan motivasi yang mempengaruhi kesediaan bakal pendidik dari aspek sikap. Manakala, domain kecerdasan emosi yang mempengaruhi kesediaan penguasaan kemahiran ialah kemahiran sosial, motivasi dan empati. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam penambahbaikan kursus latihan perguruan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) khususnya, dan institusi pendidikan lain amnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 31 Oct 2021 01:22 |
Last Modified: | 31 Oct 2021 01:22 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2037 |
Actions (login required)
View Item |