Menentusahkan faktor tekanan kerja guru sekolah menengah Gred A Daerah Batu Pahat

Halim, Nurul Shafinaz (2013) Menentusahkan faktor tekanan kerja guru sekolah menengah Gred A Daerah Batu Pahat. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURUL SHAFINAZ HALIM.pdf

Download (390kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL SHAFINAZ HALIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (178kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL SHAFINAZ HALIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (947kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja guru yang mengajar di kawasan bandar dan sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah gred A. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah yang terletak di bandar dalam Daerah Batu Pahat iaitu Sekolah Menengah Datin Onn, Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman. Kajian ini mengesahkan sama ada konstruk yang dihasilkan merupakan faktor tekanan kerja guru sekolah berkenaan. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti apakah faktor paling dominan yang menyebabkan tekanan kerja guru dan , seterusnya melihat impak dimensi terhadap responden berdasarkan faktor yang dikaji. Dalam menentukan konstruk, Classic Theory Test (CTT) dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen dengan membuat kupasan kajian literatur. Analisis faktor model Rasch dengan menggunakan Analisis Komponen Utama pada residual digunakan dalam kajian ini bagi memastikan dan mengesahkan konstruk atau faktor. Berdasarkan dapatan analisis dokumen, konstruk bagi faktor tekanan kerja yang dikenal pasti adalah (i) Beban kerja (ii) Kekangan Masa dan Sumber (iii) Disiplin pelajar (iv) Perhubungan Interpersonel dan (v) Keperluan Penghargaan. Melalui analisis faktor yang dijalankan pula, mendapati kesemua faktor yang dihasilkan telah menepati kriteria yang ditetapkan oleh model Rasch iaitu peratusan varians mentah dijelaskan oleh pengukuran (raw variance explained by measure) melebihi daripada 40%, peratus varians tidak dijelaskan dalam kontras pertama (first contrast unexplained variance) adalah kurang daripada 10%, dan nilai eigen kontras pertama (first contrast eigenvalue) juga kurang daripada 3.0. Hal ini membuktikan dan mengesahkan bahawa keseluruhan konstruk adalah bersifat unidimensi dan mampu mengukur apa yang hendak diukur. Faktor yang paling dominan adalah faktor disiplin pelajar dan terdapat perbezaan persepsi responden dari aspek jantina, umur dan tempoh bekerja terhadap konstruk atau faktor yang dikaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 01:41
Last Modified: 31 Oct 2021 01:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2103

Actions (login required)

View Item View Item