Model kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia

Abdul Rahman, Mohammad Ashraf (2013) Model kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHAMMAD ASHRAF ABDUL RAHMAN.pdf

Download (535kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMMAD ASHRAF ABDUL RAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (71kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMMAD ASHRAF ABDUL RAHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pendekatan penyenggaraan seringkali dianggap sebagai aktiviti yang remeh sehinggakan dalam praktis semasa, pendekatan ini tidak dapat menarik perhatian kebanyakkan golongan berpengetahuan dan berkemahiran. Senario ini memberikan justifikasi awal mengenai budaya semasa penyenggaraan yang tidak lagi diterapkan secara cekap dan berkesan. Sehubungan dengan itu matlamat kajian ini adalah untuk meneroka perspektif semasa amalan pengurusan warisan dalam industri pengekalan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi amalan semasa dan membentuk faktor kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Dalam mencapai matlamat tersebut, satu model penilaian amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan telah dibangunkan menggunakan kaedah Analytic Hierarchy Process (AHP) berpandukan kepada elemen kriteria amalan terbaik. Model penilaian ini telah diuji di enam buah organisasi pengurusan penyenggaraan bangunan warisan. Hasil penemuan mendapati bahawa indikasi amalan semasa pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia telah dikategorikan sebagai lemah (59.05%). Kajian seterusnya adalah untuk mengenalpasti masalah yang menyumbang kepada kelemahan amalan semasa di mana maklumbalas dari 63 responden yang terdiri daripada ahli akademik dan profesional industri mendapati bahawa masalah kewangan, kekurangan institusi serta kemudahan latihan, masalah alat ganti dan sikap manusia sebagai faktor yang amat signifikan. Sebagai refleks kepada masalah yang telah dikenalpasti, model kejayaan utama amalan terbaik pengurusan penyenggaraan bangunan warisan telah direkabentuk bagi proses menambahbaik praktis amalan semasa. Kesimpulannya, model kejayaan utama yang dibentuk berpotensi membantu ke arah mengubah amalan semasa yang lemah kepada amalan yang lebih baik dan berkesan di masa hadapan

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TH Building construction
T Technology > TH Building construction > TH3301-3411 Maintenance and repair
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Building and Construction Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 04:02
Last Modified: 31 Oct 2021 04:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2202

Actions (login required)

View Item View Item