Penyediaan fasiliti di rumah warga tua: kajian kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru

Sanmargaraja, Shalini (2012) Penyediaan fasiliti di rumah warga tua: kajian kes di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SHALINI SANMARGARAJA.pdf

Download (12MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SHALINI SANMARGARAJA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (220kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SHALINI SANMARGARAJA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (62MB) | Request a copy

Abstract

Pertambahan golongan warga tua dalam populasi Malaysia telah mengakibatkan kewujudan permintaan untuk penyediaan fasiliti khas untuk warga tua di bandarbandar utama terutamanya di kawasan rumah warga tua supaya golongan ini juga dapat menjalani kehidupan seperti orang yang normal. Pada masa kini, kebanyakan orang mementingkan materialisme menyebabkan anak-anak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan menghantar mereka ke rumah warga tua. Di rumah warga tua pula, fasiliti yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah penghuni yang semakin meningkat saban hari. Fokus kajian ini adalah menjurus kepada masalah yang dihadapi oleh warga tua dan aksesibiliti fasiliti di rumah warga tua yang sediada. Terdapat tiga objektif yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu mengkaji penyediaan fasiliti untuk warga tua di rumah warga tua, mengkaji pandangan penghuni semasa berada di rumah warga tua dan mengkaji perbandingan jenis fasiliti yang disediakan di rumah warga tua di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru. Metodologi kajian pemerhatian, temu bual dan pengauditan digunakan untuk mencapai objektif pertama kajian. Instrumen borang soal selidik digunakan untuk mencapai objektif kedua dan ketiga kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Nvivo untuk membuktikan kesahihannya. Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa semua rumah warga tua memang mempunyai fasiliti yang diperlukan oleh warga tua tetapi tidak mencukupi dengan pertambahan golongan penghuni rumah warga tua pada masa kini. Cadangan penambahbaikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu reka bentuk luaran dan reka bentuk dalaman serta papan tanda di dalam dan luar bangunan rumah warga tua. Cadangan kajian ini diharapkan dapat mewujudkan aksesibiliti fasiliti di semua rumah warga tua.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Feb 2022 01:49
Last Modified: 03 Feb 2022 01:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2401

Actions (login required)

View Item View Item