Pengaruh motivasi dan kesannya terhadap prestasi akademik: tinjauan terhadap pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Sesi 1999/2000 KUiTTHO

Razik, Muhammad Ashlyzan (2002) Pengaruh motivasi dan kesannya terhadap prestasi akademik: tinjauan terhadap pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Sesi 1999/2000 KUiTTHO. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD ASHLYZAN BIN RAZIK - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD ASHLYZAN BIN RAZIK - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (711kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD ASHLYZAN BIN RAZIK - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk 'PENGARUH MOTIVASI DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI AKADEMIK'. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan faktor-faktor yang signifikan dalam penentuan prestasi akademik pelajar (faktor dalaman, luaran dan persekitaran) dengan prestasi akademik yang diukur melalui Purata Markah Keseluruhan atau CGPA. Sampel kajian adalah seramai 60 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal sesi 1999/2000 KUiTTHO. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan sejenis instrumen kajian dalam mendapatkan data iaitu borang soal selidik. Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif dan secara inferensi. Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara setiap pembolehubah. Terdapat tiga faktor utama yang dikaji iaitu faktor dalaman(min=3.6), faktor luaran(min=3.7) dan faktor persekitaran (min=2.9). Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga tiga faktor tersebut mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi akademik. Faktor dalaman yang paling memberi hubungan yang signifikan dalam prestasi akademik dengan 0.795, faktor luaran 0.650 dan faktor persekitaran 0. 339. Di akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan agar (i) Mengadakan banyak Kem Motivasi, (ii) Peningkatan cara pengajaran pensyarah, (iii) Penyediaan peralatan pembelajaran yang mencukupi, (iv) Sumber rujukan seperti buku dan majalah di Perpustakaan mesti mencukupi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 00:53
Last Modified: 01 Nov 2021 00:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2416

Actions (login required)

View Item View Item