Pengaruh geometri mekanisme jet denyut terhadap kadar pemindahan haba

Nor Salim, Nor Adrian (2012) Pengaruh geometri mekanisme jet denyut terhadap kadar pemindahan haba. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NOR ADRIAN NOR SALIM.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Suatu kajian melalui eksperimen dijalankan untuk menentukan kesan diameter muncung, geometri injap silinder berputar denyut (kitar tugas), jarak jet-ke-plat, dan frekuensi denyut yang keluar dari muncung terhadap pengagihan pemindahan haba tempatan pada plat tembaga pensantakan yang rata dan licin. Dua diameter muncung yang berbeza iaitu 15 mm dan 20 mm yang mana setiap satunya berbentuk bulat telah digunakan dalam kajian ini. Nombor Reynolds yang digunakan dalam jakian ini adalah berdasarkan diameter hidraulik (d) iaitu 16000 dan nisbah jarak jet-ke-plat terhadap diameter muncung yang digunakan dari 2 hingga 4. Bahagian pertama kajian ini ialah menentukan profil halaju jet udara denyut bulat pada frekuensi denyut, diameter muncung, kitar tugas, dan jarak jet-ke-plat yang berbeza. Denyutan jet udara dihasilkan oleh mekanisme injap silinder berputar dengan kitar tugas 0.29, 0.45, 0.55, dan 0.67 pada frekuensi antara 10 hingga 60 Hz. Struktur aliran mantap dan denyut tunggal bulat simetri sepaksi halaju jet udara diukur dengan menggunakan anemometer dawai-panas yang ditentukur. Nombor Nusselt tempatan jet udara santakan pada plat sasaran dikira dari nilai suhu dan fluks haba yang dicatatkan. Fluks haba dan suhu jet udara santakan pada plat sasaran diukur dengan menggunakan pengganding suhu jenis-T dan pengesan fluks haba pada kedudukan jejari yang berbeza. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa pada diameter muncung 20 mm, pemindahan haba di titik genangan jet denyutan adalah 14% lebih tinggi daripada jet mantap pada kitar tugas yang lebih tinggi iaitu 0.67, jarak jet-ke-plat 4 diameter muncung, dan frekuensi denyut 30 Hz. Pada diameter muncung 15 mm, pemindahan haba di titik genangan jet denyut adalah 6% lebih tinggi daripada jet mantap pada kitar tugas yang lebih rendah iaitu 0.29, jarak jet-ke-plat 2 diameter muncung, dan frekuensi denyut 20 Hz. Dalam setiap kes, kitar tugas yang menghasilkan peningkatan pemindahan haba adalah bergantung kepada setiap parameter aliran yang dikawal

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ255-265 Heat engines
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Nov 2021 02:24
Last Modified: 01 Nov 2021 02:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2483

Actions (login required)

View Item View Item