Pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka: satu kajian kes

Watisin, Wazli (2011) Pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka: satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p WAZLI WATISIN.pdf

Download (6MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
WAZLI WATISIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (271kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
WAZLI WATISIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (37MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak di lapangan kerja sebenar. Walaupun kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, namun di Malaysia ianya baru dilaksanakan pada tahun 2007 dan hanya melibatkan beberapa buah Kolej Komuniti. Namun begitu, Kolej Komuniti menghadapi beberapa masalah untuk melaksanakan kaedah pembelajaran PBK ini. Antara masalah tersebut ialah cabaran dari sudut hubungan dua-hala diantara Kolej Komuniti dan pihak industri yang menjalinkan kerjasama untuk melatih pelajar PBK. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pelaksanaan program diploma PBK Rekaan Fesyen dan Apparel di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Malaysia dengan menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu kaedah pelaksanaan, masalah dalam pelaksanaan dan punca berlakunya masalah tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian, metodologi kajian kes kualitatif digunakan dan dijalankan di lapangan sebenar kajian iaitu Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB) Melaka. Proses pengumpulan data di lapangan kajian dilaksanakan selama setahun menggunakan teknik temubual, pemerhatian, analisis dokumen dan penyelidik sendiri bertindak sebagai instrumen utama kajian. Strategi persampelan menggunakan sampel variasi maksima, teknik persampelan ‘snowball’ dan jenis persampelan bertujuan. Analisis daripada data kajian menunjukkan bahawa berlaku beberapa masalah dalam pelaksanaan PBK di KKBB iaitu melibatkan tahap kepakaran yang rendah terhadap program PBK dikalangan pensyarah dan majikan, masalah hubungan dua-hala KKBB dan industri, masalah penilaian, masalah pengurusan dan kadar kemasukan pelajar yang semakin berkurangan. Berdasarkan kepada hasil analisis ini juga, satu kerangka konseptual kaedah pelaksanaan PBK dicadangkan sebagai panduan pelaksanaan PBK dan diharap dapat membantu Kolej Komuniti yang lain dalam pelaksanaan PBK

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Nov 2021 00:47
Last Modified: 02 Nov 2021 00:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2869

Actions (login required)

View Item View Item