Pendekatan web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar

Ya'akob, Hashamuddin (2003) Pendekatan web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
HASHAMUDDIN YA'AKOB - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (284kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
HASHAMUDDIN YA'AKOB - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
HASHAMUDDIN YA'AKOB - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau pendekatan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar. Objektif kajian ialah untuk melihat sama ada laman web yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar Diploma Akauntansi, Semester 6 yang mengambil kursus Pembangunan Keusahawanan di Politeknik Ungku Omar sesi 2003/2004. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel bagi data soal selidik bahagian A dan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) bagi data soal selidik bahagian B. Hasil kajian menunjukkan pendekatan web dapat menarik minat pelajar dan memperolehi skor min sebanyak 3.20. Kajian juga menunjukkan bahawa laman web yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dengan nilai skor min adalah 3.35 dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar dengan nilai skor min adalah 3.21. Ini menunjukkan bahawa pendekatan web dapat menarik minat pelajar dengan wujudnya ciri-ciri mesra pengguna serta dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 02 Nov 2021 01:15
Last Modified: 02 Nov 2021 01:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2981

Actions (login required)

View Item View Item