Othman, Rosnida (2007) Cabaran-cabaran untuk membina kerjaya dalam bidang perakaunan di kalangan pelajar Diploma Akauntansi Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
ROSNIDA OTHMAN - 24p.pdf Download (981kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
ROSNIDA OTHMAN - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (374kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
ROSNIDA OTHMAN - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Kerjaya dalam bidang perakaunan mempunyai prospek yang luas. Perakaunan adalah inti pati sesebuah perniagaan dan bergerak seiring dengan perniagaan. Selagi wujudnya perniagaan, selagi itulah peluang terbuka luas kepada para lulusan bidang perakaunan. Namun begitu, lulusan perakaunan perlu melengkapkan diri mereka dengan kriteria yang dikehendaki oleh majikan. Kini, kelulusan akademik sahaja tidak mencukupi untuk menempuh alam ketjaya kerana setiap tahun ramai lulusan perakaunan yang menamatkan pengajian dari pelbagai institusi. Oleh yang demikian, bakal lulusan perakaunan perlu mengetahui cabaran-cabaran yang akan ditempuhi untuk membina ketjaya dalam bidang perakaunan. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengkaji cabaran-cabaran utama yang sukar dimiliki dari aspek kemahiran dan personaliti diri di kalangan pelajar semester lima dan enam Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Ungku Omar. Pengkaji juga mengkaji inisiatif yang akan dilakukan oleh responden selepas tamat pengajian. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data dibuat melalui soal selidik dan temu bual. Data bagi soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil kajian mendapati cabaran dari aspek kemahiran yang sukar dimiliki oleh responden adalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lancar dengan tafsiran min yang terendah. Cabaran dari aspek personaliti diri yang sukar dimiliki adalah mempunyai tahap integriti yang tinggi dengan tafsiran skor min terendah. Inisiatif yang akan dilakukan oleh reponden setelah tamat pengajian adalah responden lebih gemar memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat Saijana Muda Perakaunan dengan skor min tertinggi. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan secara statistik di antara personaliti diri dengan kemahiran.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1051-1072 Professional education |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 02 Nov 2021 01:15 |
Last Modified: | 02 Nov 2021 01:15 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2982 |
Actions (login required)
View Item |