Kearah cadangan mewujudkan kursus sistem maklumat geografi (GIS) di Politeknik : kajian terhadap faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam bidang GIS di kalangan pelajar diploma ukur tanah, Politeknih Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang

Mohamad Jaya, Nur Syamsinar Fadhilah (2002) Kearah cadangan mewujudkan kursus sistem maklumat geografi (GIS) di Politeknik : kajian terhadap faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam bidang GIS di kalangan pelajar diploma ukur tanah, Politeknih Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
NUR SYAMSINAR FADHILAH BT. MOHAMAD JAYA - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (359kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
NUR SYAMSINAR FADHILAH BT. MOHAMAD JAYA - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
NUR SYAMSINAR FADHILAH BT. MOHAMAD JAYA - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Membuat suatu keputusan untuk menceburkan diri dalam suatu bidang keijaya amat besar maknanya bagi seseorang. Ini kerana kesesuaian keijaya yang dipilih dengan minat dan kebolehan, amat mempengaruhi prestasi keijaya seseorang. Oleh yang demikian, sebagai langkah awal terhadap pemilihan keijaya dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS), dan kearah cadangan mewujudkan kursus ini di politeknik, kajian mengenalpasti adakah faktor-faktor pemilihan keijaya iaitu faktor minat, pengetahuan, peluang keijaya dan ganjaran dan pengaruh teknologi maklumat mempengaruhi pemilihan keijaya pelajar dalam bidang ini, dan menjadi faktor keperluan mewujudkan kursus ini di politeknik. Kajian ini telah dilakukan di kalangan pelajar Diploma Ukur Tanah di tahun dan semester akhir, Pohteknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Pahang. Seramai 40 orang pelajar telah terlibat sebagai responden. Bagi tujuan mengumpul data, soal selidik berdasarkan skala Likert ditadbirkan kepada pelajar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik dengan perisian SPSS versi 10.0. Dapatan kajian dianalisa dengan menggunakan pengiraan kekerapan untuk menganalisis tahap kepentingan faktor-faktor pemilihan keijaya di kalangan pelajar dan ujian Korelasi Pearson untuk menganalisis hubungan antara faktor pemilihan keijaya dengan pemilihan keijaya dalam bidang GIS. Selain itu, hubungan antara faktor-faktor pemilihan keijaya dengan keperluan mewujudkan kursus GIS di politeknik juga dilakukan. Hasil kajian menunjukkan, faktor-faktor pemilihan keijaya tersebut mempengaruhi mereka memilih keijaya dalam bidang GIS, tetapi faktor-faktor pemilihan keijaya pelajar tersebut bukanlah faktor utama kepada keperluan mewujudkan kursus GIS di pohteknik. Dapatan kajian ini boleh memberi input kepada pembangunan bidang ini khasnya ke arah cadangan mewujudkan kursus GIS di politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G70 - 70.6 Philosophy. Relation to other topics. Methodology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 02 Nov 2021 01:29
Last Modified: 02 Nov 2021 01:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3003

Actions (login required)

View Item View Item