Pengaruh kualiti CD mata pelajaran lukisan terbantu komputer dengan menggunakan perakam skrin camtasia studio terhadap motivasi, kefahaman dan pencapaian pelajar

Tan, Wei Sin (2007) Pengaruh kualiti CD mata pelajaran lukisan terbantu komputer dengan menggunakan perakam skrin camtasia studio terhadap motivasi, kefahaman dan pencapaian pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
TAN WEI SIN - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (382kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
TAN WEI SIN - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
TAN WEI SIN - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB) | Request a copy

Abstract

Multimedia interaktif telah memperolehi perhatian yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Media interaktif seperti CD yang berkualiti dapat membuka peluang untuk pembelajaran pelajar yang aktif dan membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang sukar dilakukan melalui kaedah pengajaran tradisional. Kajian eksperimental ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan dan kualiti CD matapelajaran LukisanTerbantu Komputer yang dihasilkan menggunakan perakam skrin Camtasia Studio, terhadap motivasi, kefahaman dan pencapaian pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Data telah dikumpul daripada 42 orang responden dan instrumen kajian meliputi CD, ujian pra-pos, borang soal selidik dan soalan temubual. Semua data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS Versi 13. Ujian -/ bebas digunakan untuk menguji samaada terdapat perbezaan statistic yang signifikan dalam min pencapaian diantara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala, ujian korelasi pula digunakan untuk mengkaji hubungan diantara kualiti video dengan motivasi dan kefahaman pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti CD video yang dibangunkan mencapai skormin yang tinggi iaitu 4.22. Manakala peningkatan motivasi dan kefahaman pelajar setelah menggunakan CD rakaman skrin video, juga mendapat skormin yang tinggi iaitu 4.23 dan 4.18 masing-masing. Kajian juga menunjukkan pencapaian pelajar kumpulan eksperimen meningkat sebanyak 5.2% berbanding pelajar kumpulan kawalan. Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan bagi motivasi dan kefahaman pelajar terhadap kualiti video CD dengan masing masing mencatat 89% dan 85%. Namun, masih lagi terdapat rangka untuk mempertingkatkan kualiti CD video ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengkomersialan untuk kegunaan umum .

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 02 Nov 2021 01:56
Last Modified: 02 Nov 2021 01:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3093

Actions (login required)

View Item View Item