Hubungan antara kepimpinan spiritual dan komitmen organisasi dalam sektor perkhidmatan di Selangor

Wan Hisham, Wan Muhammad Fairuz and Wahab, Eta and Ali, Zaurin (2020) Hubungan antara kepimpinan spiritual dan komitmen organisasi dalam sektor perkhidmatan di Selangor. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 35-44. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab04.pdf
Restricted to Registered users only

Download (359kB) | Request a copy

Abstract

Dalam era modenisasi kini, adalah amat penting untuk menggalakkan pekerja mencapai potensi kerja yang maksima. Kerohanian atau spiritual di dalam organisasi akan memupuk tenaga kerja yang lebih komited, kreatif, beretika, dan produktif yang seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi organisasi (Fry, 2003). Peranan pemimpin amatlah penting bagi memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Untuk itu, pemimpin perlu memahami bahawa seseorang itu perlu mencari makna kehidupan melalui kerja mereka (Fairholm, 1997). Selain itu, pekerja juga perlu melihat diri mereka sebagai insan rohani yang jiwa mereka memerlukan makanan di tempat kerja, yang mengalami rasa tujuan dan makna dalam pekerjaan mereka, dan rasa memerlukan antara satu sama lain dalam komuniti tempat kerja mereka (Milliman et al., 2003). Kepimpinan spiritual dianggap sebagai satu alternatif untuk membantu organisasi untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dan mempunyai rasa tanggungjawab sosial korporat tanpa keuntungan, menjana pertumbuhan pendapatan, dan juga menjadi pengukur bagi pengurusan kewangan (Fry & Cohen 2009).

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:06
Last Modified: 04 Jan 2022 03:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3178

Actions (login required)

View Item View Item