Hubungan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar UTHM

Othman, Muhammad Ikmal Rezal and Ahmad, Nurazwa and Kamaruddin, Nor Kamariah (2020) Hubungan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar UTHM. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 45-52. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab05.pdf
Restricted to Registered users only

Download (290kB) | Request a copy

Abstract

Pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau yang diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pembelajaran (Idris, 1994). Pencapaian akademik diukur melalui keputusan yang diperoleh oleh pelajar terhadap subjek melalui sistem gred yang merujuk kepada tahap yang boleh diukur untuk membezakan tahap-tahap yang dicapai. Menurut Chowdhury dan Pati (2011), pencapaian akademik boleh ditakrifkan dengan markah peperiksaan, gred yang diberi oleh guru dan peratus dalam subjek akademik. Dua kategori motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik adalah saling berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar. Ghazala dan Anjum (2011) mendapati bahawa motivasi dan konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan. Terdapat pelajar yang bermotivasi tinggi dan ada pula yang mempunyai motivasi sederhana dalam pencapaian akademik. Antara masalah-masalah yang menunjukkan kurangnya motivasi dalam kalangan pelajar ialah faktor kurang minat terhadap sesuatu subjek dan menganggap subjek tersebut sukar. Tambahan lagi, Andrews, Leonard, Colgrove, dan Kalinowski (2011) menyatakan kebanyakan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran kursus sarjana dikaitkan dengan peranan pasif yang dimainkan oleh pelajar semasa kuliah. Hal ini sudah jelas membuktikan bahawa pelajar kurang minat terhadap sesuatu subjek dan bersikap pasif semasa kuliah. Oleh yang demikian, sesi pembelajaran akan menjadi lebih sukar. Dalam satu kajian di UiTM, kajian-kajian terdahulu (Naimah & Aini, 2005; Norhayuza, Naimah, Sahabudin, & Ibrahim, 2004) secara umum menyatakan bahawa pelajar UiTM masih lemah dalam kemahiran lisan. Seterusnya, dapatan kajian Talib dan Muslim (2007) menunjukkan kekerapan pelajar tidak hadir ke sekolah menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran berbanding pelajar lain. Di Malaysia, masalah pencapaian dan kegagalan akademik pelajar adalah masalah yang menyeluruh. Hal ini telah banyak menyebabkan pihak-pihak yang berperanan dalam pendidikan berhempas pulas bagi menentukan pencapaian akademik boleh menjamin masa depan (Talib & Muslim, 2007).

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:08
Last Modified: 04 Jan 2022 03:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3180

Actions (login required)

View Item View Item