Penggunaan perkhidmatan terminal layan diri sistem perbankan dalam kalangan pengguna di Parit Raja, Johor

Nor Zaki, Nor Aniza and Rodzalan, Shazaitul Azreen and Mohd Noor, Noor Nazihah and Abdullah, Nor Hazana (2020) Penggunaan perkhidmatan terminal layan diri sistem perbankan dalam kalangan pengguna di Parit Raja, Johor. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 117-126. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab12.pdf
Restricted to Registered users only

Download (281kB) | Request a copy

Abstract

Perubahan teknologi yang semakin pesat telah memberikan impak yang besar ke atas perkembangan industri perbankan secara global termasuklah industri perbankan di Malaysia. Lantaran itu, wujud alternatif perkhidmatan bank melalui perbankan elektronik seperti Automated Teller Machines (ATM), phone banking, PC-banking dan perbankan internet sebagai alat pemudah cara. Sistem perbankan turut berkembang seiring dengan arus perubahan teknologi dengan menyediakan perkhidmatan terminal layan diri selain perkhidmatan kaunter bank seperti mesin juruwang automatik, mesin deposit tunai, mesin deposit cek, mesin mengemas kini buku simpanan dan terminal helpline. Sistem perbankan dahulu dan kini jauh berbeza oleh kerana peredaran masa dan teknologi hari ini yang semakin berkembang pesat. Perkhidmatan terminal layan diri kini merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian. Perubahan ini membawa kepada satu perubahan gaya hidup yang baharu. Penerimaan atau penolakan sesuatu inovasi bermula apabila pelanggan mengetahui tentang produk tersebut (Rogers & Shoemaker, 1971). Di United Kingdom, Daniel (1999) melaporkan bahawa pelanggan biasanya akan mencari produk kewangan dan bank yang menawarkan nilai yang terbaik kepada wang yang dilaburkan. Oleh itu, para pelanggan mesti diberitahu akan kewujudan dan kelebihan produk baharu berbanding saluran sedia ada melalui aktiviti promosi yang hebat agar ia lebih membantu pihak bank untuk mencapai sasarannya (Suganthi et al., 2001).

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:18
Last Modified: 04 Jan 2022 03:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3191

Actions (login required)

View Item View Item