Persepsi penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik

Abd Latiff, Hamidah (2002) Persepsi penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
HAMIDAH BT ABD. LATIFF - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (319kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
HAMIDAH BT ABD. LATIFF - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
HAMIDAH BT ABD. LATIFF - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat persepsi guru-guru terhadap penggunaan komputer yang diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah teknik khususnya. Seiring dengan itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui kelebihan dan masalah atau kekangan yang dijangka mempengaruhi guruguru untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seramai 136 orang guru daripada 3 buah sekolah menengah teknik telah dipilih sebagai responden bagi membantu menjayakan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik dan analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisa menggunakan kekerapan, peratusan dan pengiraan min. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi komputer di kalangan guru-guru di sekolah menengah teknik sememangnya wujud. Pandangan positif daripada para guru terhadap aplikasinya dalam proses pembelajaran serta persetujuan mereka dengan faedah yang diperolehi telah membuktikan kejayaan penyerapan penggunaan komputer dalam sistem pendidikan masa kini. Selain daripada itu, telah diketahui juga bahawa kurangnya kemudahan infrastruktur dan fizikal serta bebanan tugas merupakan punca utama yang mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah-sekolah. Ini menunjukkan masih terdapat kecacatan dalam perlaksanaan idea ini dan diharapkan kajian ini dapat dijadikan garis panduan mahupun mencetus idea bagi menyelesaikan masalah tersebut di samping mempertingkatkan lagi penggunaan komputer di sekolah-sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 02 Nov 2021 03:16
Last Modified: 02 Nov 2021 03:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3281

Actions (login required)

View Item View Item