Zahari Abdullah, Pauzi (2017) Pembangunan kerangka penyeliaan sekolah yang berkesan di Bintan Kepulauan Riau. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p PAUZI ZAHARI ABDULLAH.pdf Download (4MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
PAUZI ZAHARI ABDULLAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (4MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
PAUZI ZAHARI ABDULLAH WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini mengenai Pembangunan kerangka penyeliaan sekolah yang berkesan di Daerah Bintan Kepulauan Riau Indonesia. Isu semasa menyatakan bahawa pelaksanaan penyeliaan yang dilaksanakan belum menghasilkan keberkesanan kepada guru, tugas dan tanggung jawab yang ditumpukan kepada penyelia oleh kementerian pendidikan belum dijalankan secara baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk membangun kerangka penyeliaan sekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua Fasa iaitu kajian kualitatif dan kuantitatif. Fasa awal dijalankan dengan kajian kualitatif yang melibatkan 8 orang pakar dalam bidang penyeliaan. Fasa ke dua kajian kuantitatif dengan melibatkan guru seramai 334 orang dari sekolah-sekolah Daerah Bintan kepulauan Riau, hasilnya dianalisis dengan statistik SPSS V. 20 dan Microsoft Excel. Seterusnya untuk mewujudkan kerangka model kajian ini maka, hasil soal selidik juga dianalisis dengan SEM Smart PLS Partial Least Square (PLS) V.2.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyelia sekolah dalam indikator Kewajiban di dapati elemen iaitu; penyusun program penyeliaan, melaksanakan program penyeliaan, melakukan penilaian pelaksanaan program penyeliaan, melatih profesionalisme guru, meningkatkan dan mengembangkan kualifikasi akademik, mengutamakan kod etika, memelihara dan memupuk persatuan dan kesatuan bangsa. dalam indikator tugas utama iatiu penyusunan program penyeliaan, pelaksanaan pembinaan pemantauan pelaksanaan (lapan) SNP, pelaksanaan tugas kepenyeliaan di daerah khusus, penilaian, bimbingan dan latihan profesional guru, penilaian hasil pelaksanaan program penyeliaan, Jadikan Bahan penilaian, penambahbaikkan dan tinjauan instrumen kerja. Dan pada indikator kuasa penyelia ialah berkuasa memilih menentukan kaedah kerja, menilai kinerja guru, menentukan dan mengusulkan program pembinaan, melakukan pembinaan, membuat teguran dan hukuman pentadbiran, membuat usulan perancangan. Serta indikator skop ialah penyeliaan akademik, pengurusan, membimbing dan melatih, memberikan hukuman administasi, membuat laporan. Kajian ini dianggap sebagai sumbangan berharga kepada ilmu pengetahuan khasnya untuk panduan penyeliaan sekolah di Daerah Bintan Kepulauan Riau Indonesia.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 25 Jul 2021 01:03 |
Last Modified: | 25 Jul 2021 01:03 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/364 |
Actions (login required)
View Item |