Tahap penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru reka bentuk teknologi: satu tinjauan di sekolah rendah luar bandar

Lai, Chee Sern and Kamarudin, Noormawati and Lip, Rashidah and Hasnan, Noridah (2017) Tahap penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru reka bentuk teknologi: satu tinjauan di sekolah rendah luar bandar. Online Journal for TVET Practitioners, 2 (2). pp. 1-8. ISSN 2289-7410

[img] Text
AJ 2017 (613).pdf
Restricted to Registered users only

Download (319kB) | Request a copy

Abstract

Sejajar dengan matlamat anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, kerajaan telah menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet di 10,000 sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah-sekolah luar bandar. Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment - VLE) merupakan platform pembelajaran yang menjadi agenda utama terutamanya di sekolah rendah. Secara spesifiknya, platform VLE Frog telah digunakan dalam kalangan guru dan pelajar sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk mengkaji tahap penggunaan VLE Frog dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaan (PdP) bagi subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) di sekolah rendah luar bandar. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru yang menggunakan VLE Frog di dalam aktiviti PdP. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 36 guru yang mengajar mata pelajaran RBT di 18 buah sekolah rendah luar bandar di daerah Batu Pahat. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk proses pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan VLE Frog dalam kalang guru yang mengajar mata pelajaran RBT di sekolah luar bandar di Daerah Batu Pahat adalah serdehana. Selain itu, kajian ini juga mengunjukkan bahawa capaian internet merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru RBT semasa menggunakan VLE Frog di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: NIL
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 16 Dec 2021 03:56
Last Modified: 16 Dec 2021 03:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4751

Actions (login required)

View Item View Item