Tahap kemahiran kebolehdapatan kerja berdasarkan aplikasi pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan pelajar senibina Universiti Awam Malaysia

Syed Iskandar, Sharifah Hasnul Izzaty (2018) Tahap kemahiran kebolehdapatan kerja berdasarkan aplikasi pembelajaran berasaskan projek dalam kalangan pelajar senibina Universiti Awam Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24 SHARIFAH HASNUL IZZATY SYED ISKANDAR.pdf

Download (709kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SHARIFAH HASNUL IZZATY SYED ISKANDAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SHARIFAH HASNUL IZZATY SYED ISKANDAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Dewasa ini, dalam sektor industri pembinaan khususnya didapati bahawa graduan senibina kurang memiliki kemahiran kebolehdapatan kerja ketika berada di alam pekerjaan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai tahap kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar senibina melalui aplikasi pembelajaran berasaskan projek dalam program senibina. Terdapat tiga elemen dalam kemahiran kebolehdapatan kerja yang dikaji dalam kajian ini iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan di tiga buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Responden bagi kajian ini terdiri daripada pelajar jurusan senibina. Sampel kajian seramai 242 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan senibina di tiga buah universiti yang terlibat. Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar jurusan senibina melalui aplikasi pembelajaran berasaskan projek ini berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan pelajar-pelajar daripada jurusan senibina ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aspek kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Cadangan daripada hasil kajian ini telah dikemukakan pada akhir laporan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5381-5386 Vocational guidance. Career development
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 25 Jul 2021 08:30
Last Modified: 25 Jul 2021 08:30
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/514

Actions (login required)

View Item View Item