Roddin, Rohayu and Yusof, Yusmarwati and Mohamed Yusof, Anizam and Ibrahim Mukhtar, Marina and Muhamad Hanafi, Nurfirdawati (2017) Kemahiran keusahawanan orang asli suku kaum orang kuala di Rengit Johor dalam perniagaan barangan terpakai. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 3 (6). pp. 92-100. ISSN 2462-1714
Text
AJ 2017 (343) Kemahiran keusahawanan orang asli suku.pdf Restricted to Registered users only Download (530kB) | Request a copy |
Abstract
Masalah kemiskinan merupakan isu utama dalam kalangan Orang Asli. Penglibatan Orang Asli dalam bidang keusahawanan merupakan satu pendekatan baru dalam merubah nasib serta ekonomi komuniti mereka. Pihak kerajaan juga telah menyediakan pelbagai peluang dan bantuan kepada komuniti Orang Asli untuk terlibat dalam bidang keusahawanan. Namun jumlah yang menceburkan diri dalam bidang ini masih kurang. Hanya terdapat 393 usahawan Orang Asli yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengikut data pada tahun 2001 hingga 2010. Jumlah ini amatlah sedikit jika dibandingkan dengan bilangan Orang Asli yang terdapat di Malaysia iaitu seramai 178,197 orang pada ketika itu. Antara usahawan yang berdaftar tersebut, terdapat satu komuniti Orang Asli di Rengit, Johor iaitu suku kaum Orang Kuala yang berjaya dalam bidang keusahawanan melalui perniagaan barangan terpakai. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan dalam komuniti ini bagi mengetahui ciri-ciri keusahawanan komuniti yang membawa kejayaan kepada mereka dalam perniagaan barangan terpakai.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kemiskinan; Kemahiran keusahawanan; Orang asli |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 06 Jan 2022 06:41 |
Last Modified: | 06 Jan 2022 06:41 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5206 |
Actions (login required)
View Item |