Amiruddin, Mohd Hasril and Shahril, Nurhayati and Abd Samad, Noorazman (2017) Kebolehgunaan IQ stick game terhadap pelajar masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Online Journal for TVET Practitioners (OJ-TP), 7 (1). pp. 1-15. ISSN 2289-7410
Text
AJ 2017 (374) Kebolehgunaan IQ stick game terhadap pelajar.pdf Restricted to Registered users only Download (582kB) | Request a copy |
Abstract
Kaedah pengajaran secara bermain dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami kemahiran yang diajar. Mata pelajaran Kemahiran Hidup masih kekurangan alat bantu mengajar yang dapat membantu guru dalam sesi pengajaran. Oleh itu, kajian mengenai keberkesanan penggunaan IQ Stick Game terhadap minat pelajar dalam pembelajaran, penggunaan IQ Stick Game terhadap kefahaman pembelajaran, permainan IQ Stick Game (mesra pengguna), prosedur penggunaan IQ Stick Game dan penggunaan IQ Stick Game terhadap pemikiran kreatif dan kritis pelajar telah dijalankan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian pelajar masalah pembelajaran menggunakan IQ Stick Game sebagai alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Reka bentuk kajian ini ialah true experiment secara kuantitatif. Seramai 30 orang pelajar masalah pembelajaran SK Bandar terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Science (SPSS) versi 22.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar meningkat secara keseluruhannya. Berdasarkan kepada dapatan kajian, IQ Stick Game sangat sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar. Sumbangan daripada kajian ini ialah pencapaian pelajar dapat ditingkatkan secara holistik melalui objektif pembelajaran yang disasarkan mengikut domain pembelajaran iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | IQ Stick Game; Minat; Kefahaman; Permainan; Penggunaan; Pemikiran kreatif dan kritis; Pencapaian |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Siti Noraida Miskan |
Date Deposited: | 09 Jan 2022 02:26 |
Last Modified: | 09 Jan 2022 02:26 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5291 |
Actions (login required)
View Item |