Pembangunan elemen kemahiran hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pensyarah kolej vokasional

Mohd Zubir, Muhammad Zulfadly (2021) Pembangunan elemen kemahiran hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pensyarah kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUHAMMAD ZULFADLY MOHD ZUBIR.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMMAD ZULFADLY MOHD ZUBIR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMMAD ZULFADLY MOHD ZUBIR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kemahiran hijau (Green Skill) merupakan satu kemahiran berasaskan kepandaian dan kecekapan yang menjadi aset kepada setiap individu sebelum menerokai semua bidang pekerjaan ke arah pembangunan yang mampan. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penerokaan sebagai reka bentuk kajian yang bertujuan untuk membangunkan elemen kemahiran hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pensyarah kolej vokasional. Pada fasa pertama iaitu fasa pembangunan, pengkaji telah menjalankan temu bual bersama tiga (3) orang pensyarah yang mempunyai kepakaran di dalam bidang PdP dan Teknologi Pembinaan. Selepas melaksanakan protokol temu bual maklumat telah ditemakan melalui analisis tematik dan seterusnya telah dianalisis melalui analisis matrik bersama semakan literatur sistematik bagi mendapatkan persamaan dan perbezaan maklumat. Pada fasa kedua iaitu fasa pengesahan, seramai lima (5) orang pakar telah membuat pengesahan terhadap format dan kandungan itemitem yang telah dikeluarkan. Fasa ini melibatkan dua belas (12) orang pakar yang terdiri daripada pensyarah yang mempunyai pengalaman selama sepuluh (10) tahun dan ke atas sebagai responden utama. Melalui teknik Fuzzy Delphi sebagai prosedur penganalisian data, Data kajian telah di analisis bagi mendapatkan nilai purata m 1 (nilai minimum), m 2 (nilai paling munasabah) dan m 3 (nilai maksimum), seterusnya nilai ‘d’ Threshold value, konsensus 75% pengesahan kumpulan pakar dan Fuzzy Evaluation. Di dalam kajian ini, hanya satu (1) item iaitu “mengguna kertas terpakai untuk sebarang tugasan” daripada elemen kemahiran hijau dalam penilaian dan tugasan telah ditolak kerana nilai d≤0.2 iaitu 0.243 dan peratus kesepakatan tidak mencapai >75% namun peratusan keseluruhan konstuk bagi elemen tersebut diterima dengan jumlah sebanyak 97.92% dan nilai d= 0.126. Seterusnya, item-item yang lain untuk keseluruhan elemen telah diterima oleh pihak kumpulan pakar bagi meneruskan kajian. Kesimpulanya, elemen kemahiran hijau dalam PdP perlu dilanjutkan sebagai garis panduan di dalam PdP untuk para pendidik pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Feb 2022 21:19
Last Modified: 06 Feb 2022 21:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6493

Actions (login required)

View Item View Item