Pembangunan laman web solveme berkonsepkan pembelajaran berasaskan masalah bagi kursus asas pengaturcaraan di politeknik

Wan Hassan, Wan Azrul Shafuan (2021) Pembangunan laman web solveme berkonsepkan pembelajaran berasaskan masalah bagi kursus asas pengaturcaraan di politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p WAN AZRUL SHAFUAN WAN HASSAN.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
WAN AZRUL SHAFUAN WAN HASSAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
WAN AZRUL SHAFUAN WAN HASSAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi kursus DFC20113 Programming Fundamentals yang diberi nama laman web SolveMe. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web, menilai kebolehfungsian dari aspek isi kandungan, interaksi dan persembahan serta kebolehgunaan dari aspek pencapaian dan Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri (KPTK) pelajar. Kajian ini merupakan kajian pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE sebagai panduan. Kajian ini menggunakan reka bentuk Pra-eksperimen jenis Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan. Sampel kajian terdiri daripada empat puluh lapan (48) orang pelajar dari program Diploma Teknologi Maklumat yang mengambil kursus DFC20113 Programming Fundamentals di Politeknik. Data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik dan set ujian prapasca. Hasil dapatan kajian bagi kebolehfungsian laman web adalah berada pada tahap tinggi menerusi nilai min keseluruhan yang diperolehi iaitu 3.90. Analisis ujian-T pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara ujian pra dan pasca terhadap tahap KPTK (p =0.009 <0.05) dan pencapaian (p=0.000<0.05). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kaedah PBM dapat meningkatkan tahap KPTK dan pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini ialah dimana laman web SolveMe yang dibangunkan dapat memberi ruang dan peluang kepada pensyarah untuk mempelbagaikan bahan bantu mengajar dengan penggunaan medium dalam talian seperti laman web. Pengintegrasian pembelajaran dengan teknologi juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana dapatan kajian menunjukkan para pelajar berminat dan suka belajar menggunakan medium yang berasaskan teknologi mudah alih atau dalam talian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Feb 2022 21:20
Last Modified: 06 Feb 2022 21:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6495

Actions (login required)

View Item View Item