Kirin, Arwansyah and Ismail, Faisal Husen and Borham, Abd Shakor (2020) The works of Naṣā’iḥ al-‘Ibād by Nawawi al-Bantani and Sirāj al-Ṭālibīn by Ihsan Muhammad Dahlan al-Jampasi al-Kediri: a comparative research on the methods of writing the hadith. Jurnal Usuluddin, 48 (1). pp. 33-56. ISSN 1394-3723
Text
AJ 2020 (351).pdf Restricted to Registered users only Download (644kB) | Request a copy |
Abstract
Kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād oleh Nawawi al-Bantani dan Sirāj al-Ṭālibīn oleh Ihsan al-Jampasi merupakan antara beberapa kitab utama yang dirujuk di Nusantara dalam ilmu Islam berkaitan nasihat-nasihat agama dan tasawuf. Dalam kedua-dua kitab tersebut memuatkan banyak hadithhadith. Walau bagaimana pun, tidak dinyatakan tentang kedudukan hadith tersebut. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan melihat metodologi penulisan hadith oleh Nawawi al-Bantani dan Ihsan al-Jampasi dalam kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād dan Sirāj al-Ṭālibīn. Selain itu, kajian ini juga menganalisis perbandingan metode kedua-dua kitab tersebut bagi mengetahui titik persamaan dan perbezaan di antara metode-metode tersebut. Metodologi kajian ini adalah kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan reka bentuk analisis kandungan kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād dan Sirāj al-Ṭālibīn. Kajian ini mendapati bahawa wujudnya persamaan metode penulisan hadith dalam kitab Naṣā’iḥ al-‘Ibād dan Sirāj al- Ṭālibīn iaitu penulisan hadith tanpa sanad dan hanya menyatakan mukhrīj hadith sahaja. Selain itu, keduanya menggunakan lafaz (sighat) qāla pada awal permulaan hadith. Manakala perbezaanya pula ialah Nawawi al- Bantani menulis hadith tanpa sanad dengan menambah rāwī a‘lā di peringkat tabi’in dan sahabat. Beliau turut menggunakan metode riwayat bi al-lafẓi. Pendekatan Ihsan al-Jampasi pula menggunakan pelbagai sighat (format) untuk menyampaikan hadith, menyatakan sumber hadith dan kadang-kadang menggunakan metode riwayat bi al-ma‘nā.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Naṣā’iḥ al-‘Ibād; Sirāj al-Ṭālibīn; penulisan hadith; Nawawi al-Bantani; Ihsan al-Jampasi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Center for General Studies and Co -curricular > Department of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr. Shahrul Ahmad Bakri |
Date Deposited: | 01 Mar 2022 01:23 |
Last Modified: | 01 Mar 2022 01:23 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6554 |
Actions (login required)
View Item |