Aplikasi pengurusan Dobi Berkat

Yusoff, Siti Afiqah and Aman, Hannani (2021) Aplikasi pengurusan Dobi Berkat. Penerbit UTHM, UTHM.

[img] Text
P13615_6a41c6b737d659673a2a5ca42e9d311a.pdf
Restricted to Registered users only

Download (755kB) | Request a copy

Abstract

Aplikasi Pengurusan Dobi Berkat ini dibangunkan khas untuk membantu sistem pengurusan Dobi Berkat. Dobi Berkat yang terletak di Kelang Lama, Kulim adalah sebuah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan dobi bagi kawasan sekitar. Aplikasi ini dibangunkan atas sistem perisian Android. Fungsi utama bagi aplikasi ini ialah membenarkan pelanggan membuat tempahan serta memudahkan pekerja menguruskan tempahan tersebut. Fungsi ini bertujuan untuk menambahbaik sistem sedia ada yang digunakan dalam pengurusan Dobi Berkat ini iaitu sistem fail secara manual. Bagi membangunkan aplikasi yang berkualiti serta menepati keperluan pengguna, model perisian prototaip telah digunakan didalam projek ini. Terdapat lima fasa didalam model prototaip ini iaitu fasa perancangan, analisis, reka bentuk, implementasi dan pengujian serta mempunyai dua kali iterasi bagi fasa analisis, reka bentuk dan implementasi untuk menghasilkan sebuah prototaip yang berkualiti. Beberapa dokumen serta rajah yang digambarkan telah menjadi hasil bagi setiap fasa didalam projek ini. Perisian Android Studio digunakan sebagai platform untuk menulis kod dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Kotlin serta SQLite Database digunakan sebagai pangkalan data bagi penyimpanan maklumat. Secara umumnya, pembangunan aplikasi ini sudah tentu mampu memudahkan urusan pekerja dan pelanggan untuk membuat tempahan secara atas talian serta memudahkan pemilik bagi memantau aktiviti perniagaan.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Kotlin; android studio; android; tempah dobi; pengurusan tempahan
Subjects: T Technology > TX Home economics
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 14 Mar 2022 02:17
Last Modified: 14 Mar 2022 02:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6716

Actions (login required)

View Item View Item