Pembangunan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) asas transfomer dalam mesin kimpalan

Amiruddin, Mohd Hasril and Sumarwati, Sri and Mahusin, Nor Asmida (2021) Pembangunan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) asas transfomer dalam mesin kimpalan. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 23-38. ISBN 978-967-2975-67-0

[img] Text
4.pdf
Restricted to Registered users only

Download (530kB) | Request a copy

Abstract

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah penting digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangun ABBM bagi konsep asas transformer dalam mesin kimpalan serta mengenal pasti kebolehfungsian ABBM yang dibangunkan. Dalam membangunkan ABBM ini, pengkaji akan menggunakan model ADDIE sebagai panduan. Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji telah merekabentuk ABBM yang baru dengan menggunakan transformer sebagai komponen utama menggantikan transformer sebelum ini yang terdapat di dalam mesin kimpalan. Manakala mentol pula adalah sebagai indikator bagi output keluaran menggantikan osiloskop yang ingin digunakan pada awalnya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ABBM yang dibangunkan ini sesuai serta boleh digunakan oleh pelajar kimpalan bagi mengetahui fungsi utama transformer. Ini kerana, berdasarkan kepada subjek kimpalan yang pelajar pelajari, terdapat konsep asas transformer di dalam mesin kimpalan arka. Pelajar seharusnya memahami konsep asas transformer serta kaitkan dengan penggunaan voltan bagi pengendalian di dalam mesin kimpalan. Justeru itu, ABBM ini sesuai untuk digunakan di dalam bidang kimpalan bagi mengetahui fungsi asas transfomer. Selain itu, ABBM yang dibangunkan ini boleh dimajukan lagi penggunaannya untuk pelajar elektrik gunakan sebagai ABBM bagi subjek transformer.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Asas transfomer; alat bahan bantu mengajar; ADDIE
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 20 Mar 2022 06:55
Last Modified: 20 Mar 2022 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6775

Actions (login required)

View Item View Item