Kajian keperluan laman web e-LK berpandukan model Rekabentuk Hannafin Dan Peck

Ariffin, Arihasnida and Rubani, Siti Nur Kamariah and Hamzah, Norhasyimah and Zakaria, Normah and Subramaniam, Tamil Selvan (2021) Kajian keperluan laman web e-LK berpandukan model Rekabentuk Hannafin Dan Peck. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 13-23. ISBN 978-967-2817-45-1

[img] Text
2.pdf
Restricted to Registered users only

Download (538kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat bagi fasa kajian keperluan bagi laman web e-LK yang dibangunkan berpandu kepada Model Rekabentuk Hannafin dan Peck. Reka bentuk kajian ini adalah kajian eksperimental benar bagi ujian pra dan ujian pos terhadap satu kumpulan rawatan sahaja. Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada 36 orang pelajar yang mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am) dan mereka mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian item iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A merupakan maklumat demografi responden yang akan digunakan untuk memperolehi maklumat. Seterusnya pada bahagian B merupakan fasa kajian keperluan yang merangkumi empat peringkat iaitu (1) mengenal pasti matlamat pembelajaran, (2) menganalisis kandungan pelajaran LK, (3) menganalisis keperluan pelajar dan akhir sekali (4) Ujian Beta. Data dianalisis secara deskriptif melalui analisis skor min. Hasil kajian mendapati maklumat dapatan matlamat pembelajaran, kandungan pelajaran LK dan keperluan pelajar dapat membantu pengkaji dalam membangunkan laman web e-LK mengikut kehendak pengguna. Skor min bagi media teks dan elemen interaktif perlu diambil kira dalam mereka bentuk laman web ini.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: e-LK; kajian keperluan; Model Rekabentuk Hannafin dan Peck
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T10.5-11.9 Communication of technical information
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Skills and Professional
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Mar 2022 03:38
Last Modified: 21 Mar 2022 03:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6783

Actions (login required)

View Item View Item