Revolusi Industri

Hashim, Suhaizal and Abdullah, Nurhanim Saadah and Hamzah, Usuloudin (2022) Revolusi Industri. Penerbit UTHM, UTHM.

[img]
Preview
Text
B1116_243f934148abd50de4893d0db0c72d1c.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Terhasilnya buku ini adalah atas hasrat untuk berkongsi sedikit pengetahuan mengenai revolusi industri terkini yang pesat berkembang mengikut peredaran masa. Sejajar dengan kehendak pendidikan abad 21, atas kesedaran bahawa masih ramai lagi antara kita masih kurang cakna tentang proses yang sedang pesat berlangsung ini. Dengan adanya transformasi sebegini, proses pertumbuhan ekonomi menjadi lebih kuat dan menghasilkan tahap produksi lebih tinggi. Penggunaan teknologi yang semakin berkembang pesat ke serata dunia termasuklah di Malaysia dan telah mempengaruhi manusia setiap hari hingga tidak boleh dibayangkan bagaimana dunia hari ini tanpa penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing menghadapi revolusi industri, pihak universiti dan syarikat antarabangsa sentiasa menjalin kerjasama yang baik. Dengan adanya platform yang canggih sebagai contoh dalam teknologi IoT ini, keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan dan bertulis menjadi sangat kritikal pada masa kini. Pada hari ini, sesi perbincangan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira sempadan. Oleh itu, jika bahasa dan seni komunikasi tidak dijaga dengan baik, ia boleh menimbulkan konflik antara komunikasi, salah faham dan kerja berpasukan yang kurang berkesan. Penggunaan teknologi-teknologi yang canggih menjadi semakin meluas mengikut peredaran zaman. Setiap individu perlulah meningkatkan potensi diri selaras dengan pembangunan negara agar kita tidak jauh ketinggalan. Dengan berkembangnya pembangunan negara yang begitu pesat ini juga, setiap individu perlu memberi sokongan yang padu agar negara kita menjadi negara yang setanding dengan negara maju yang lain serta menjadi negara yang kompetitif. Ternyata revolusi industri ini mempunyai banyak kesan baik dan memberi manfaatnya kepada orang ramai tetapi jika ia tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan kesan buruk kepada negara.

Item Type: Book
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 03 Jul 2022 07:33
Last Modified: 03 Jul 2022 07:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7216

Actions (login required)

View Item View Item