Sorotan perlaksanaan wakaf di Malaysia & manfaatnya kepada pembangunan ummah

Abdul Khalim, Mustapahayuddin and Adzimat, Afiqah Nabilah and Zainol, Nur Zainatul Nadra and Mohammad, Che Adenan (2022) Sorotan perlaksanaan wakaf di Malaysia & manfaatnya kepada pembangunan ummah. In: Penyelidikan Islam: Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 104-110. ISBN 978-967-2817-72-7

[img]
Preview
Text
7.pdf

Download (615kB) | Preview

Abstract

Wakaf dan ibadah tidak boleh dipisahkan. Bahkan ianya merupakan suatu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt yang sangat digalakkan oleh syariat. Kebelakangan ini, wakaf telah dikembangkan potensinya agar sesuai dilaksanakan mengikut perubahan zaman. Apabila menelusuri kajian-kajian lepas, ternyata perkembangan wakaf ini mengalami pelbagai cabaran dalam mendepani arus zaman yang semakin canggih. Masalah-masalah yang sering muncul adalah kekurangan dana wakaf, amalan dalaman tadbir urus wakaf yang kurang efisien, berlakunya kepincangan data dan kesedaran masyarakat. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menggunakan kaedah deskriptif. Pengumpulan data menggunakan data sedia ada atau sumber sekunder dengan menganalisa kajian-kajian lepas dan terbaru yang berkaitan dengan perkembangan wakaf. Perkembangan amalan wakaf di Malaysia kini telah berlakunya penambahbaikan mengikut arus perubahan zaman. Justeru menjadikan amalan wakaf sebagai satu ibadah yang disegani dalam pembangunan masyarakat dan negara daripada aspek sosial, pendidikan dan penjanaan ekonomi ummah.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Wakaf; wakaf di Malaysia; pendidikan ummah; kajian sorotan.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Jul 2022 03:49
Last Modified: 21 Jul 2022 03:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7290

Actions (login required)

View Item View Item