Modal sosial rapatan Cina peranakan muslim Kelantan

Mohd Ali, Adi Syahid (2020) Modal sosial rapatan Cina peranakan muslim Kelantan. In: Ketahanan Nasional - Perspektif Malaysia - Thailand. Penerbit UTHM, pp. 87-102. ISBN 978-967-2389-98-9

[img] Text
Chap05 Modal sosial rapatan Cina peranakan muslim Kelantan.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (147kB) | Request a copy

Abstract

Komuniti Cina Muslim mengalami konflik hubungan yang diandaikan menjejaskan rapatan mereka. Modal sosial merupakan salah satu potensi komuniti yang diperlukan untuk memastikan pembangunan komuniti berlaku. Berdasarkan realiti tersebut kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti realiti modal sosial rapatan dalam kalangan komuniti Cina Peranakan Muslim Kelantan. Modal sosial rapatan merujuk kepada komuniti Melayu. Modal sosial rapatan diukur berdasarkan kepada sikap percaya, timbal dan kohesif. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan penjelasan berikutan (sequential explanatory mixed method design) dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab objektif kajian. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah dan bola salji di mana seramai 75 orang dalam kajian kuantitatif dan lima orang dalam kajian kualitatif. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan elemen kohesif dan timbal balik menunjukkan kekerapan yang tinggi. Manakala sikap percaya hanya kadang-kadang berlaku. Ini kerana tidak semua perkara diletakan kepercayaan antara responden dan komuniti Melayu. Hasil kajian ini memberikan impak positif dalam konteks hubungan Cina Muslim Kelantan berbanding Cina Muslim lain di Malaysia dan dicadangkan untuk dipertingkatkan modal sosial antara mereka.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Modal Sosial Rapatan; Cina Muslim Peranakan Kelantan; Potensi Komuniti; Pembangunan Komuniti
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 25 Oct 2021 09:57
Last Modified: 25 Oct 2021 09:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/731

Actions (login required)

View Item View Item