Amalan kreativiti dan inovasi melalui projek sarjana muda dalam kalangan pelajar kejuruteraan di UTHM

Saad, Noradilah (2009) Amalan kreativiti dan inovasi melalui projek sarjana muda dalam kalangan pelajar kejuruteraan di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NORADILAH SAAD.pdf

Download (825kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORADILAH SAAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (269kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORADILAH SAAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (31MB) | Request a copy

Abstract

Matlamat negara kini adalah membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (lPT) yang menggalakkan penyelidik tempatan bersaing dalam mencipta teknologi terkini dan menjana inovasi negara di peringkat global. Penglibatan pelajar IPT memainkan peranan yang penting dalam membentuk budaya kreativiti dan inovasi yang dapat diterapkan melalui Projek Smjana Muda (PSM). Justeru, kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau pengamalan kreativiti dan inovasi pelajar dalam melaksanakan PSM. Kajian ini melibatkan seramai 270 orang sampel kajian yang terdiri daripada pelajar Smjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, sesi 200812009 yang sedang menjalankan PSM di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dipilih secara rawak sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 14.0 yang melibatkan statistik deskriptif dan inferensi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah skor min, analisis faktor dan regresi peIbagai. Skor min digunakan bagi menjawab persoalan kajian untuk melihat pengamalan dan penguasaan pel ajar dalam kreativiti dan inovasi. Analisi faktor dan regresi pelbagai pula digunakan untuk menjawab persoalan kajian mengenai faktor utama yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mengamalkan kreativiti dan inovasi semasa melaksanakan PSM tetapi kurang menguasai kreativiti dan inovasi semasa melaksanakan PSM. Terdapat empat faktor yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi pelajar seperti individu, sikap positif, galakan dan peribadi. Faktor individu merupakan faktor yang utama menyumbang kepada kreativiti dan inovsi. Penyelidik mencadangkan supaya pelajar, pensyarah dan pihak universiti perlu mempergiatkan usaha untuk melahirkan pelajar yang berkreativiti dan berinovasi semasa meIaksanakan PSM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 04:16
Last Modified: 21 Jul 2022 04:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7381

Actions (login required)

View Item View Item