Kepuasan kerja di kalangan pensyarah: kajian kes perbandingan Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmo Point

Bahari, Azurahani (2004) Kepuasan kerja di kalangan pensyarah: kajian kes perbandingan Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmo Point. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p AZURAHANI BAHARI.pdf

Download (631kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
AZURAHANI BAHARI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (203kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZURAHANI BAHARI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kepuasan kerja boleh didefinasikan sebagai satu keseronokkan atau perasaan positifhasil daripada nilaian sesuatu kerja atau pengalaman kerja. Ia adalah akibat daripada persepsi setiap pekerja yang menggambarkan nilai-nilai sebenar kerja mereka. Kepuasan kerja adalah berbeza mengikut jenis institusi, sama ada sesuatu institusi itu awam atau swasta. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kepuasan kerja pensyarah di Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 25 orang pensyarah Jabatan Teknologi, Komunikasi dan Maklumat, Politeknik Ungku Omar dan 25 orang pensyarah Kolej Cosmopoint, Ipoh, Perak. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptifyang melibatkan peratusan , sisihan piawai dan perbandingan min dengan perisian Statistical Packages for Social Sciences Version 11.0. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah di Politeknik Ungku Omar mendapat kepuasan kerja yang sederhana dalam faktor penyeliaan dan beban kerja. Manakala, bagi faktor gaji, kenaikan pangkat dan suasana kerja mereka mendapat kepuasan kerja yang rendah. Berlainan pula dengan pensyarah Kolej Cosmopoint, mereka mendapat kepuasan kerja yang sederhana dalam faktor gaji, kenaikan pangkat, suasana kerja dan penyeliaan. Pensyarah Kolej Cosmopoint ini mendapat kepuasan kerja yang rendah dalam faktor beban kerja. Walaubagaimanapun analisis menunjukkan kepuasan kerja pensyarah Kolej Cosmopoint lebih tinggi berbanding pensyarah Politeknik Ungku Omar. Kesemua pensyarah juga berpendapat bahawa faktor suasana kerja merupakan faktor utama yang mempengaruhi kepuasan kerja pensyarah. Ini diikuti dengan faktor gaji, faktor kenaikan pangkat, faktor beban kerja dan faktor penyeliaan ketua. Adalah dicadangkan supaya pihak yang berkenaan dapat menyediakan suasana kerja yang ]ebih baik terhadap pensyarah terutamanya pensyarah di Politeknik Ungku Omar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jul 2022 02:08
Last Modified: 25 Jul 2022 02:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7484

Actions (login required)

View Item View Item