Sistem E-Bajet Hira Katering

Rusli, Normaisarah and Mohd Nawi, Nazri (2022) Sistem E-Bajet Hira Katering. Applied Information Technology And Computer Science, 3 (1). pp. 1167-1185.

[img] Text
C3848_b79cda2d5b5e41776bb1cb40148d400e.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Sistem E-Bajet Hira Katering adalah sebuah sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu meningkatkan kecekapan sistem yang ada dan juga menjadikan proses tempahan di Hira Katering berjalan dengan lebih lancar dan efisyen. Sistem tempahan yang digunakan sebelum ini adalah secara manual yang kurang cekap dan tidak efisien. Ini kerana data yang disimpan secara manual menimbulkan masalah dari segi keselamatan data dan kesukaran untuk mendapatkan semula data pada masa akan datang untuk tujuan laporan. Dalam era teknologi terkini, tempahan secara dalam talian adalah lebih mudah berbanding secara manual. Selain itu, pelanggan mengalami masalah untuk merancang bajet semasa melakukan tempahan disebabkan tidak mempunyai gambaran keseluruhan menu dan pakej yang teratur untuk mudah difahami. Justeru itu, objektif sistem e-bajet ini dibangunkan adalah untuk mengatasi kekurangan sistem sebelum ini dan menambah baik proses tempahan di Hira Katering. Sistem e-bajet Hira Katering dibina menggunakan model prototaip evolusi yang mempunyai lima fasa SDLC iaitu fasa perancangan, fasa analisa, fasa reka bentuk, fasa prototaip dan fasa implementasi. Sistem ini dibangunkan menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan dan MYSQL sebagai perisian pangkalan data. Sistem ini terdiri daripada beberapa modul utama termasuk daftar pengguna, log masuk, membuat tempahan, mengurus sistem dan menjana laporan. Hasil pengujian mendapati kesemua modul yang dibangunkan berjaya dan dapat memberi kemudahan kepada pihak katering dalam urusan berkaitan tempahan. Diharapkan, pembangunan sistem ini dapat menambah baik produktivti sistem tempahan di Hira Katering dengan lebih sempurna dan mudah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sistem tempahan katering; UML; PHP; MYSQL
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 15 Aug 2022 03:06
Last Modified: 15 Aug 2022 03:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7506

Actions (login required)

View Item View Item