Kajian tentang pemilihan bahan penjerap semulajadi untuk menyingkirkan bahan pencemar (COD) daripada air kelabu

Badrol Hisham, Mohamad Aizol Faiz and Khamidun, Mohd Hairul and Ridzuan, Mohd Baharudin (2022) Kajian tentang pemilihan bahan penjerap semulajadi untuk menyingkirkan bahan pencemar (COD) daripada air kelabu. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3 (1). pp. 1430-1438.

[img] Text
P14198_045562e51b39693fd9342dd756537eb7.pdf
Restricted to Registered users only

Download (672kB) | Request a copy

Abstract

Di Taman Universiti, air kelabu disalurkan terus ke longkang tanpa dirawat menyebabkan pencemaran kualiti air. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kebolehjerapan bahan penjerap semula jadi dan untuk menentukan peratus keberkesanan bahan penjerap dalam menyingkirkan permintaan oksigen kimia, COD dalam air kelabu. Kaedah penjerapan menggunakan zeolit, karbon teraktif dan tanah liat dan kaedah reka percubaan, DOE digunakan bagi mendapat nisbah penjerap yang akan digunakan. Peratusan penyingkiran COD adalah 79.41% dan kapasiti penjerapan adalah 0.54 mg/g untuk kaedah penjerapan menggunakan media komposit campuran zeolit, karbon teraktif dan tanah liat merupakan campuran yang terbaik. Penggunaan penjerap komposit yang mengandungi permukaan hidrofilik dan hidrofobik lebih berkesan sebagai penjerap yang berkesan dan dapat mengurangkan serta menyingkirkan COD yang berada dalam air.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Air kelabu; karbon teraktif; penjerapan; tanah liat; zeolit.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 29 Aug 2022 07:34
Last Modified: 29 Aug 2022 07:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7585

Actions (login required)

View Item View Item