Ismail, Nor Lailihuda (2003) Pembangunan model kualiti bagi modul pengajaran kendiri (MPK) menggunakan kaedah quality function deployment (QFD). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
|
Text
24p NOR LAILIHUDA ISMAIL.pdf Download (689kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NOR LAILIHUDA ISMAIL COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (212kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NOR LAILIHUDA ISMAIL WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (32MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Model Kualiti menggunakan kaedah Quality Function Deployment (QFD) yangmerupakan salah satu teknik dalam Total Quality Management (TQM). Objektifkajian ini adalah untuk melihat bagaimanakah QFD dapat digunakan dalam proses pembangunan Modul Pengaj aran Kendiri (MPK). Di samping itu, kajian ini turut mengkaji tentang ciri-ciri MPK yang dapat memenuhi kehendak pelajar melalui pembangunan matrik QFD. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 98 orang pelajar semester satu Diploma Akauntansi di sebuah politeknik. Kajian berbentuk tinjauan mengguriakan borang soal selidik bagi mendapatkan kajian terhadap pasaran dilakukan untuk mendapatkan kriteria modul yang dapat memenuhi keperluan pelajar di samping mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh mereka di dalam menggunakan modul. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 11.0 (Statistical Package For Social Sciences) bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah QFD dapat digunakan sebagai salah satu alat kawalan kualiti dalam proses pembangunan MPK melalui pembangunan empat buah Rumah Kualiti. Basil kajianjuga mendapati bahawa dalam Rumah Kualiti 1 antara elemen modul yang dapat memenuhi kehendak pelajar mengikut hirarki matrik QFD adalah modul dalam bentuk cetakan, penekanan kepada elemen-elemen modul bercetak dalam Rumah Kualiti 2, spesifikasi bahagian isi kandungan dalam Rumah Kualiti 3 dan perincian dalam isi kandungan bagi kawalan kualiti dalam Rumah Kualiti 4. Dengan adanya cadangan model ini, diharap kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada pensyarah dan para pembangun modul untuk menggunakan kaedah QFD sebelum menghasilkan sesebuah MPK.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TS Manufactures T Technology > TS Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 19 Sep 2022 02:08 |
Last Modified: | 19 Sep 2022 02:08 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7704 |
Actions (login required)
View Item |